MENGALAMAN HIDUP SEBAGAI RENUNGAN

Wednesday 5 August 2009

ANAK YATIM

ANAK YATIM


Baru harini aku tahu yang terdapat tiga jenis anak yatim.



Jenis Yang Pertama:

Ialah anak yang kehilangan ibu bapa mereka dan tinggal sebatang kara atau menumpang di rumah saudara mereka atau di rumah anak-anak yatim. Mereka ini dikira manusia yang malang dan perlu mendapat pembelaan dari masyarakat.


Ada juga di antara mereka yang mempunyai harta yang banyak dan mampu hidup mewah jika harta mereka diurus dengan baik dan tidak diselewengkan oleh penjaga mereka.


Nabi Hidir pernah menolong membaiki tembok yang dibawahnya terdapat harta anak yatim. Jika tebok ini tidak dibaiki ada kemungkinan ianya akan roboh dan harta tersebut diambil oleh orang yang tak bertanggung jawab. Dengan membaiki tembok tersebut sekurangnya harta yang tersimpan dapat diselamatkan sehingga anak yatim terkenaan dewasa dan berupaya mengurus harta tersebut.


Nabi Musa yang bersama Nabi Hidir tak memahami tujuan Nabi Hidir membena semula tembuk tersebut lantas menyarankan supaya mereka meminta upah membaikinya.


Itulah pula menjadi penyebab perpisahan antara Nabi Hidir dengan Nabi Musa.


Bacalah selanjutnya di sini (ayat 77 dan sekitarnya)

http://www.alquran-melayu.com/18-al-kahf/


Jenis Kedua ialah

Anak yang ada ibu bapa yang masih hidup dan tinggal bersamanya. Akan tetapi anak ini tidak mendapat penjagaan, panduan dan didikan yang sempurna dari ibu bapanya.


Juga ibu bapanya gagal mendapat orang lain bagi memberi didikan sempurna pada anak tersebut.


Maka terbiarlah anak tersebut tanpa mengetahui apa yang baik dan apa yang tak baik. Terbiarlah dia tanpa pegangan hidup yang dapat menolongnya ianya menjadi manusia yang berdikari dan dapat berbakti masyarakatnya.


Anak tersebut mungkin datang dari keluarga yang miskin atau keluarga yang kaya raya. Tapi hidupnya terbiar oleh ibu bapanya, mungkin kerana kesibukan dunia mereka atau mereka tidak mempunyai “parental skills” mendidik anak menjadi makluk yang berguna.


Anak sebegini dinamakan anak yatim juga walaupun ibu bapanya masih ada dan bersama mereka.


Malangnya di negara kita ini ramai juga anak yatim jenis ini. Mungkin ada juga di antara mereka saudara-saudara kita.




Jenis yang ketiga:

Ialah manusia saperti Rais Yatim atau Hassan Yatim (kawan saya) atau Yusuf Pandak Yatim (kawan saya) atau lain-lain manusia yang dibinkan dengan nama Yatim. Mereka ini walau pun dah dewasa dan serba boleh, masih dinamakan anak yatim kerana bapa mereka bernama Yatim. Datuk mereka pula ialah bapa Yatim kerana mempunyai anak yang dinamakannya Yatim.


____________________________________________________



Mengikut Kuliah Abdullah Man semalam:

Manusia ini adalah semacam telor. Kita tengok dari luar sama saja kelihatan sempurna dan baik. Tapi bila "dibuka" kita akan dapati ada yang baik, ada yang tembelang, ada yang telur pindang, ada yang separuh masak dan sebagainya.


Manusia jika kita lihat cara luaran sangat menarik hati. Tapi di dalamnya kita tak tahu.


Perompak pun sekarang ini berpakaian kemas, terutamanya perompak ?tandatangan ? (yangni kena tapis ni)


________________________________________

Mengikut Kuliah Abdullah Man semalam:
Kenapa kancil buruk bila sampai ke Plaza tol, palang tol terangkat dan kancil tersebut boleh meneruskan perjalannya melintasi Plaza tol tersebut.

Dan kenapa kitani yang menaiki BMW dan Mercedes bila sampai ke Plaza Tol tersebut tidak terbuka palangnya?

Sebabnya ialah kita tak layak melintasi Tol tersebut. Kancil tadi layak.

Begitu juga di Padang Mahsyar nanti. Sudah tentu ada juga Tolnya. Hanya yang layak dapat melepasinya.

Jadi, jadilah macam kancil tadi yang layak melintasi Tol tersebut jika kita nak. Jika tak nak lainlah ceritanya.

_______________________________________





No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Ase dari Kuala. Lahir di Changkat Pete. Besor di Kuala, sekolah Tanah Merah, Lubuk, Padang Assam, Clifford, St Georges (Taiping), STAR (Ipoh), MPPP (Penang). Meranto pula ke K Bharu dan KL/Pj/Selangor. Sekarang dah pencen tapi masih belajor. Rindukan duduk di kampong tapi ini hanya menjadi angan2