MENGALAMAN HIDUP SEBAGAI RENUNGAN

Friday 7 August 2009

SEMUANYA ADA

CHANGGIHNYA ZAMAN INI

Zaman sekarang ini memang changgih. Terutamanya bagi mereka yang mengikuti segala yang berubah sekarang ini.

Kita ambillah perkembangan telefon mudah alih.

20 tahun dahulu kita tak dengar pun telefon boleh alih atau hand set atau hand phone. Yang kita ada hanya telefon tetap atau telefon boleh alih yang sangat besar setnya, nak bawa pun sangat berat. Ketika itu tak ramai yang menggunakan.

Sekarang, sejak akhir tahun 80an bermulalah era hand phone. Agak besar juga saiznya dan berat. Sekarang sangat kecil dan rengan.

Dahlah rengan macam2 boleh diisi dalammya.

Saya baru mendapat satu set yang diberikan pada saya oleh saudara saya. Pada mulanya dia nak gunakan di dalam bas dan atau LRT (kereta api) semasa berulang balik dari rumah ke pejabatnya di KL. Tapi tak jadi kerana menurutnya tak selesa naik bas atau LRT. Tak bebas katanya. Lagi pun suana tak tenang dan melugukan. Lebih senang naik motor.

Dulu memang dia naik motor ke sana sini. Tapi mungkin motornya tak dijaga dengan baik selalulah motornya rosak. Terakhir motornya jam tak boleh pakai dan tersadai dekat Muzium KL. Bukan jadi bahan Muzium tapi tak boleh digunakan langsung dan ditinggalkannya di situ sebelum kawannya mengambilnya. Write off kiranya tu.

Jadi saya bantunya membeli motor baru. Mungkin sebab itu dia kasi saya hand setnya yang dah tak mahu gunakan itu. (Ikut kitab kalau nak beri benda/sedekah pada orang kenalah berikan barang yang kita suka dan yang beharga. Yang ini dia dah "tak suka" tapi beharga dan saya suka. Jadi inshaaAllah, tak masuklah ianya dalam jenis pemberian yang dilarang agaknya.)

_____________________
Handset sekarang memang changgih. Ada kamera boleh ambil gambar dan vedio. Ada recorder boleh rakam suara. Ada redio boleh dengar siarannya. Ada internet. Ada ?? . Saya pun tak tahu apa lagi kerana sayani bukan tahu sangat teknologi masa kini. Oh! ya! ada jam locing, kelender, stop watch, penjaga masa. . . . . . . . . .

Yang saya tahu saya gunakan kemudahan telefonnya, kameranya, alat rakamannya dan radionya.

Menang kemudahan tersebut sudah memadai bagi saya. Yang lain saperti peta dan internet taklah perlu sangat bagi saya.

Jadi kemana saya pergi handset ada dalam poket dan ear phone ada pada telinga. Buat apa? Dengar radio atau lagu atau bacaan Al Quran (satu set Al Quran saya masukkan. Kalau dengar semuanya mengikut cacatannya, akan mengambil masa satu hari dua jam tanpa henti untuk menghabiskan semuanya).

Program radio pun banyak yang best2. Tambah pula sekarang siaran radio sangat interaktif, banyak perbicangan dan live dengan pendengarnya. Termasuklah siaran yang boleh menambahkan ilmu kita. Juga banyak stesennya hanya perlu pilih. Bestnya lagi dengan menggunakan handset stesennya boleh diprogramkan atau pertukaran stesen boleh dibuat secara otomatik bukan manual macam dulu2.

______________________
Kosnya? Sangat minimal.

Saya gunakan prepaid (bayar dulu). Masuk RM10.00 boleh tahan tiga bulan. 10 hari boleh buat panggilan keluar dan lebih dua bulan lagi hanya boleh menerima panggilan sahaja (tak boleh panggil keluar). Untuk jimat wang agaknya kerana saya sangat jarang buat panggilan keluar, kerana gunakan telefon tetap yang di rumah.

Kalau ikut kadar biasa untuk tiga bulan kena bayar RM90.00. Jadi jimat RM80.00. Inilah cara orang kedekut dan tidak mahu membantu ekonomi negara. Mengikut pakar ekonomi jika kita belanja lebih ekonomi negara akan meningkat. Kalau buat macam saya ekonomi akan menjadi "lemah".

Dahlah tu kemudahan Kredit kad, Akaun Semasa bank dan keahlian AAM saya tamatkan. Jimat lagi (RM60 +RM60 + RM60) setahun. Inilah namanya jimat orang pencen, segalanya menjadi minimal tapi seronok juga.

Kerajaan mesti marah kalau tahu agaknya sebab tak tolong menjana ekonomi negara. Tapi saya ada modal cakap juga sebab mereka suruh rakyat jimat. Juga suruh rakyat belanja. Maka rakyat paksarela boleh pilihlah yang mana. Dan cukup 4 tahun dan setiap 4 tahun kita pilih mereka.

Kalau ikut kata orang kampong buat apa kita membazir, bukankah membazir itu bisikan syaitan kata mereka.


No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Ase dari Kuala. Lahir di Changkat Pete. Besor di Kuala, sekolah Tanah Merah, Lubuk, Padang Assam, Clifford, St Georges (Taiping), STAR (Ipoh), MPPP (Penang). Meranto pula ke K Bharu dan KL/Pj/Selangor. Sekarang dah pencen tapi masih belajor. Rindukan duduk di kampong tapi ini hanya menjadi angan2