MENGALAMAN HIDUP SEBAGAI RENUNGAN

Monday 27 July 2009

DHARURAT SEKARANG

DHARURAT SEKARANG



Adakah kita sekarang hidup dalam suasana dharurat?


Terdapat dua pendapat di sini. Ada pehak yang menyatakan yang kita berada dalam suasana dharurat dan ada yang mengatakan tidak.


Bagi orang biasa dharurat bermaksud kehidupan yang sempit, susah dan mengeciwakan. Termasuklah kebebasan yang tersekat dan peraturan hidup yang menyulitkan. Termasuk juga keselamatan jiwa dan harta benda yang tidak terjamin.


Zaman 1948 hingga 1960 adalah zaman dharurat yang diistiharkan oleh pehak pemerentah yang diganggu gugat oleh pergerakan kominis. Tatkala itu kehidupan memang sempit, susah dan mengeciwakan. Kebebasan tersekat dan keselamatan tak terjamin.


Adakah keadaan sedemikian wujud sekarang ini? Ini dapat diukurkan dengan mengetahui sama ada sekarang ini “kehidupan kita sempit, susah dan mengeciwakan. Kebebasan kita tersekat dan keselamatan kita tak terjamin”.


Adakah kehidupan kita sekarang ini sempit?


Saya selalu menyatakan kepada penjual makanan pagi di tempat saya yang kueh yang dijualnya mahal. 3 biji kueh dengan harga RM1.00. Saya katakan padanya yang dulu masa saya sekolah dulu sebiji kueh yang lebih besar dari yang ada sekarang ini harga hanya 10sen. Dengan RM1.00 saya boleh beli 10 kueh dan buat khenduri dengan kawan2.


Apa dia kata?


“pergilah balik ke zaman sekolah awak dulu”


Adakah kehidupan kita sekarang ini susah?


Memang susah nampak gayanya, kata satu kumpulan insan.


Dulu kita bebas menggunakan mana2 jalan yang kita suka. Sekarang banyak jalan disekat. Kena bayar baru boleh melaluinya. Menurut Samy Velu dulu, 42 jalan raya akan dikenakan tol. Sapa yang selalu mengguna jalan raya tahulah penangannya. Saya pergi ke Bentong baru2 ni kena bayar tol RM16.00 pergi balik.


Itu belum cerita tentang risko kemalangan jalan raya. Dan risko saman ekor.


Baru2ni saya perbaharu cukai jalan kereta anak saya. Terkejut saya kerana kadar insuran dah naik 300%. Tahun lepas kena bayar RM100.00 saja, tahun ini RM300.00. Itu pun kadar 3rd party. Dan bagi kereta yang lama 3rd party dah tak laku, kena bayar comprehensive. Berapa peratus naiknya tak tahulah. Kawan saya (Mokhtar) pula terpaksa dapatkan konteknya untuk mendapatkan 3rd party. Itu nasib dia ada net workingnya.


Menurut pegawai JPJ bertugas katanya kalau nak senang jual kereta lama dan beli yang baru. Proton akan bayar RM5,000.00 untuk kereta lama, katanya. Mokhtar (nama sebenar) mengamok dan dihampoknya pegawai tersebut.


Adakah kita bebas? Ini kena tengok dan dengar (dan rasa) sendiri.


Adakah keselamatan terjamin? Serupa di atas, kena tengok, dengar dan rasa sendiri.


Lock up pun sekarangni dah macam tak selamat (Kugen dll). Pejabat kerajaan pun dah macam tak selamat (Beng Hock). Berjalan-bersiar pun tak begitu selamat (ragut). Nak pinjam wang pun tak tentu selamat (Ah Long). Cakap banyak pun mungkin selamat? (Bala). Dalam rumah pun tak selamat (Jerlus). Tinggal kereta berkunci pun ianya mungkin lesap. Macam orang fikiran negative aje? . . . . .


Banyak juga tempat selamat tapi kita kena berjaga2 kerana ada kalanya ianya tak selamat.


Adakah ini semuanya dharurat zaman moden yang tidak diistiharkan.


No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Ase dari Kuala. Lahir di Changkat Pete. Besor di Kuala, sekolah Tanah Merah, Lubuk, Padang Assam, Clifford, St Georges (Taiping), STAR (Ipoh), MPPP (Penang). Meranto pula ke K Bharu dan KL/Pj/Selangor. Sekarang dah pencen tapi masih belajor. Rindukan duduk di kampong tapi ini hanya menjadi angan2