MENGALAMAN HIDUP SEBAGAI RENUNGAN

Monday 14 December 2009

BENDAHARI SIRI 001

BENDAHARA SURAU


Pengenalan:

Istilah sebenarnya ialah Bendahari Surau. Tetapi kerana perkataan Bendahari itu saya (sorang sahaja, orang lain tak) kaitkan dengan perempuan saperti saudari, pramagari dan sebagainya, saya terasa janggal menggunakan istilah Bendahari untuk lelaki. Jadi saya gunakan Bendahara Surau menggantikan istilah Bendahari Surau.

Bendahara Surau bertugas sebagai juru catat sejarah surau. Bukan sejarah mengenai peristiwa politik atau pentadbiran surau tetapi sejarah mengenai hal kewagan surau. Yaitu cerita2 tentang kegiatan masuk-keluar wang surau, dari mana datang wang surau dan ke mana ianya digunakan.

Bendahara Surau merekod berapa jumah wang yang masuk dan berapa jumlah wang yang keluar. Sangat mudah.

Yang susahnya orang lain ada yang tak percaya kepada Bendahara Surau dan dengan itu kerjanya menjadi susah. Segalanya perlu direkod dan dibuktikan dengan apa yang kita kenali sebagai dokumen. Jadi semua kegiatan masuk-keluar wang Surau perlu ada dokumen atau bagi membukti ianya berlaku.

Masa dahulu senang sahaja kerana semua orang lurus dan tak ada niat untuk menipu atau menyalah gunakan wang surau. Sekarang ni susah sedikit kerana banyak sangat penyangak, tak boleh tengok ada dana terkumpul. Duit dana zakat pun mereka kebas. Berjuta2 ringgit pula tu.

Jadi kenalah direkod semua kegiatan masuk-keluar wang. Dan kemudian diaudit.


Menjadi Bendahara:

Bolehkah anda menjadi Bendahara Surau atau Masjid?

Saya inshaAllah, boleh kerana saya ada kelulusan Perakaunan dan pernah membuat tugas auditan dan pernah juga menjadi Bendahara Surau. Seronok tugasnya menulis sejarah kewangan surau ini. Tapi ada juga riskonya. Kadang2 kita ingat duit Surau itu adalah duit kita dan kita gunakan dulu bagi urusan peribadi kita. Ini merbahaya dan perlu dielak.

Sebabnya:

Semasa kita gunakan duit itu kita seonok. Tapi semasa nak membayarnya kita rasa liat. Kadang2 kalau ikut hati jangan bayar dulu. Bila dah banyak jumlahnya kita malas punak bayar balik. Inilah namanya bisikan. Dan inilah yang banyak terjadi, penyalahgunaan dana masyarakat.

Apa yang perlu dibuat jika kita terlantik sebagai Bendahari Surau?

Tak susah tugasnya:

1. Rekod semua wang yang masuk dan yang keluar. Dinamakan dokumentasi.

2. Jangan salah guna dana Surau tersebut. Gunakan hanya yang sah untuk Surau.

Cara merekod masuk-keluar wang ialah dengan menyatakan tarikhnya, halnya dan jumlahnya. Mudah sangat.


Syaratnya ialah semua masuk-keluar wang mesti dicatat pada rekod ini. Rekod atau buku atau dokumen ini dinamakan Jadual masuk-keluar wang atau Jadual Aliran Wang.



Atau dicanggihkan lagi rekod tersebut dengan mengasingkan catatan wang masuk dengan catan wang keluar saperti berikut:

Nak changgil lagi gabungkan kolum wang masuk dengan wang keluar. Tetapi asingkan rekod yang masuk dengan yang keluar secara menggunakan simbul kurungan untuk wang keluar.

Faedah cara ini ialah kita boleh kirakan baki wang di tangan dengan mudah saperti berikut:

Mungkin ini adalah cara merekod wamg masuk dan wang keluar yang terbaik setakat ini.

Faedahnya ialah semua rekod masuk-keluar wang dicatat dalam satu jadual mengikut tarikh ianya terjadi. Disamping itu jumlah baki tunai di tangan dapat dikira dan diketahui dengan mudah, tak perlu buat catatan lain.

Jika perlu kita boleh tambah satu lagi kolum untuk merekodkan apa2 rujukan saperti nombor resit, nombor bil atau inbois, dan lain2.

Lengkaplah catatan yang perlu dibuat untuk merekod kegiatan masuk-keluar wang bagi surau tersebut. Jika catatan ini diikut dengan betul sempurna maka segalanya yang lain akan menjadi mudah. Catatan ini adalah rekod asas dan menjadi tunjang data kewangan surau. Kalau catatan ini tak betul makan yang lain akan bermasaalah dan menjadi salah.

Bendahara, jika menunaikan tanggung jawab merekod wamg masuk dan wang keluar mengikut catatan ini tak perlu risau tentang rekod perakaunannya.

Jika dia tak tahu panggillah budak sekolah yang belajar akaun untuk membantunya, asalkan rekod asas di atas adalah lengkap, bermakna semua kegiatan masuk-keluar wang tercatat dalam jadual di atas.

Perkara yang lain jika Bendahara tak mau buat boleh diserahkan kepada mereka yang pakar tentang akaun. Budak sekolah yang belajar akaun memang pakar dan boleh digunakan kepakaran mereka.

Tapi kalau Bendahara buat sendiri adalah lebih baik.


Bersambung . . . . . . .


No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Ase dari Kuala. Lahir di Changkat Pete. Besor di Kuala, sekolah Tanah Merah, Lubuk, Padang Assam, Clifford, St Georges (Taiping), STAR (Ipoh), MPPP (Penang). Meranto pula ke K Bharu dan KL/Pj/Selangor. Sekarang dah pencen tapi masih belajor. Rindukan duduk di kampong tapi ini hanya menjadi angan2