MENGALAMAN HIDUP SEBAGAI RENUNGAN

Wednesday 16 December 2009

BENDAHARI SIRI 002


BENDAHARA SURAU 002

Sambungan Tugas Bendahari Surau BENDAHARA SURAU 001

Pada siri yang lalu telah dinyatakan bahawa tugas Bendahara ialah untuk merekodkan segala kegiatan wang masuk dan wang yang keluar. Catatan yang perlu dibuat ialah menyatakan dalam rekodnya tarikh wang diterima atau dibayar, sebab wang tersebut diterima atau dibayar atau dalam lain perkataan kenapa diterima dan kenapa dibayar. Dan tak kurang penting juga jumlah wang yang diterima atau dibayar.

Semua penerimaan wang hendaklah disokong dengan dokumen penerimaan wang (contohnya, resit penerimaan). Dan bagi semua pembayaran hendaklah disokong oleh dokumen pembayaran saperti inbois bayaran dan bilnya saperti bil letrik, bil telefon dsbnya.

Jika Bendahara Surau tak yakin untuk menyediakan akaun dengan baik maka beliau boleh menyediakan rekod asas penerimaan dan bayaran wang dan kemudian serahkannya kepada pehak pelajar akaun atau yang ahli dalam penyediaan akaun.

Tetapi adalah lebih patut jika ia menyediakan akuannya sendiri, mungkin kalau belum fasih dengan bantuan saudara atau anak buahnya yang biasa menyediakan akaun.

Penyediiak akaun dipermudahkan jika rekod asa yang kita ada di atas dikembangkan lagi saperti rajah di bawah ini:


Klik Rajah di bawah untuk membesarkannya

Hasil jadual di atas dapatlah kita ketahui dengan mudah berapakah jumlah derma yang diterima, berapa jumlah yang telah dibayar untuk perbelanjaan utiliti dan bayaran alat pejabat. Juga belanja mengadakan kelas pengajian dan bayaran kepada guru yang mengajar, bayaran makan minum dan sebagainya termasuk gaji atau elaun kakitangan.

Semua wang masuk keluar sekarang dah berada dalam satu jadual. Hanya dengan membuat analisa rekod yang ada pada jadual ini kita dah dapat tahu segala kegiatan kewangan surau/masjid.

Jadual tersebut juga merekodkan baki wang yang ada dalam tangan untuk kita merancang kegunaannya.

Inilah jadual SEJARAH KEWANGAN surau/masjid.

Setakat ini Bendahara Surau telah membuat kerja seorang akauntant.

Bersambung . . . . . InshaAllah.

.

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Ase dari Kuala. Lahir di Changkat Pete. Besor di Kuala, sekolah Tanah Merah, Lubuk, Padang Assam, Clifford, St Georges (Taiping), STAR (Ipoh), MPPP (Penang). Meranto pula ke K Bharu dan KL/Pj/Selangor. Sekarang dah pencen tapi masih belajor. Rindukan duduk di kampong tapi ini hanya menjadi angan2